Raikan hati mu bila kala kebahagian milikmu....
Saturday, 30 March 2013
salahkah
beberapa jam yang lepas, dari keriuhan ada khabar kurang enak, biasa lah anak-anak mahu membesar nakal sedikit itu perkara biasa. tiada apa yang sempurna untuk dimiliki melainkan diriNYA yang Esa. salahkah untuk dikongsi sedikit "Rasa", bukan pada yang luar, tapi pada ibu mertua. si isteri usah la cepat melenting, bukan untuk mengatakan kamu cuai, tapi bertanya khabar, dan tak salah kita berlembut. isteri kan dilebalkan dengan sifat lembut, penyayang. malah ibu mertua jua ada sifat sedemikian. bertanya mungkin ada sebab musabab untuk dikongsi....bijak seorang isteri adalah kebijaksanaan dalam menghadapi masalah, kuat dan tabah seorang isteri adalah kesabaran. sabarlah apa yang menimpa.usah kamu merosakkan "angin" suami mu dengan rasa melenting. lebih bijak dan cerdik bila kamu "isteri" menghadapi masalah dengan senyum. malah diam itu lebih baik dari berbicara dan jangan memperbesar-besarkan masalah yang kecil. luka sedikit dikongsi bersama tidak salah, mungkin yang "si tua" (mertua) itu lebih berpengalaman dari kita yang "muda".dan aku ingatlah jangan mudah masuk campur urusan orang lain. ini dikatakan kerana mulut badan binasa. dan peribahasa ini juga "terlajak perahu boleh diundur dan telajak kata buruk padahnya".
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment